Serikan Majlis Istimewa Anda Dengan Pilihan Kek Pelbagai Perisa Untuk Nikmati Bersama
Majlis hari bahagia anda lebih lengkap dengan kek untuk tetamu. Selepas meraikan pengantin dan bergambar, tentu seronok menikmati makanan sedap bersama pemanis mulut.
Daripada si kecil yang memilih makanan hingga tetamu dewasa, manisnya momen ini kita kongsi bersama.

besar cerianya.
Dari Dapur Kami,
Ke Majlis Istimewa Anda.
Kami di Amyra Coklat Limpah membuat dan menjual kek bekas pelbagai perisa untuk hari istimewa anda. Mudah dihidangkan, cantik dijadikan hadiah dan seronok dinikmati bersama.
Enam Perisa.
Macam-macam Cerita Manis.
Satu lapisan kek yang lembut, dilengkapkan topping kegemaran. Pilih perisa yang menepati selera tetamu anda.


Kek Red Velvet Cream Cheese
Red velvet bersama sapuan cream cheese yang memikat.
Tempah Perisa Ini ↗

Kek Batik Indulgence
Keenakan kek batik dengan sentuhan coklat indulgence.
Tempah Perisa Ini ↗
Kek Vanilla Cream Cheese
Vanilla yang harum, dilengkapkan cream cheese lembut.
Tempah Perisa Ini ↗
Kek Red Velvet Coklat Limpah
Red velvet bertemu limpahan coklat yang menggoda.
Tempah Perisa Ini ↗Semua gambar ialah ilustrasi daripada designer sahaja. Dapatkan gambar kek sebenar semasa WhatsApp kami.
Untuk Yang Besar,
Yang Kecil & Yang
Dekat Di Hati.
Kek kami sering dihidangkan dalam pelbagai majlis. Setiap bekas membawa sedikit kemanisan untuk tetamu yang diraikan.

Satu Gift Set,
Semua Enam Perisa.
Cuba dulu, pilih kegemaran kemudian. Gift Set kami mengandungi 6 jenis perisa kek — sesuai untuk rasa bersama keluarga sebelum membuat tempahan majlis.
Kami sangat sarankan anda mencuba supaya dapat rasai sendiri kenikmatan kek kami yang tidak terlalu manis. Tapi tiada paksaan; anda boleh terus menempah untuk majlis.
Saya Nak Cuba Gift Set ↗Lagi Ramai Tetamu,
Lagi Manis Harganya.
Tempahan majlis bermula daripada 20 bekas. Pilih jumlah yang sesuai dengan jemputan anda.
Untuk tempahan melebihi 20 bekas, pesan selewat-lewatnya 2 hari sebelum majlis. Ketersediaan tarikh, perisa dan caj penghantaran disahkan melalui WhatsApp.
Bagaimana Proses Tempahan?
Semua urusan tempahan dibuat melalui WhatsApp.
Cuba Dulu
Dapatkan Gift Set 6 perisa jika ingin merasa dahulu. Langkah ini pilihan, bukan syarat tempahan.
WhatsApp Kami
Beritahu tarikh majlis, jumlah bekas, pilihan perisa dan lokasi penghantaran atau self collect.
Bayar Separuh
Selepas butiran dan jumlah harga disahkan bersama, buat bayaran pendahuluan sebanyak 50%.
Terima & Raikan
Terima kek anda atau ambil sendiri di Chemor. Baki 50% dibayar semasa penerimaan.
Dibuat Di Chemor,
Dihantar Dengan Kasih.
Buat masa ini, penghantaran tersedia di Ipoh, Kuala Kangsar dan Taiping. Anda juga boleh self collect di Chemor mengikut masa yang dipersetujui.
Semak liputan lokasi, masa dan caj penghantaran dengan kami sebelum mengesahkan tempahan.
Lokasi & Hubungi Kami ↗Chemor, Perak
12, Chemor Impian 4,
Desa Chemor Impian,
31200 Chemor, Perak.
Ada Yang Nak Ditanya?
Boleh terus tempah tanpa cuba Gift Set?
Boleh. Gift Set cuma cadangan supaya anda dapat merasa semua enam perisa sebelum membuat tempahan majlis.
Berapa awal perlu buat tempahan?
Untuk jumlah melebihi 20 bekas, pesan selewat-lewatnya 2 hari sebelum majlis. Sebaiknya hubungi lebih awal untuk menyemak ketersediaan tarikh.
Macam mana bayaran dibuat?
Bayar 50% selepas tempahan disahkan melalui WhatsApp. Baki 50% dibayar semasa menerima kek.
Adakah gambar ini gambar kek sebenar?
Gambar di laman ini ialah ilustrasi designer sahaja. Minta gambar sebenar, maklumat bahan dan butiran pembungkusan melalui WhatsApp sebelum menempah.
Majlis Anda, Kenangan Kita Bersama.
Kongsi tarikh majlis anda. Kami bantu semak pilihan yang sesuai.
Jom Tempah Melalui WhatsApp ↗